PBMM komited lahirkan bakat akar umbi

PBMM komited lahirkan bakat akar umbi

Mohd Firdaus (Tengah) menunjukkan jersi yang akan dipakai pasukan PBMM dalam dalam saingan Liga Remaja Kebangsaan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyertaan Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) dalam saingan Liga Remaja Kebangsaan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) 2026 dilihat sebagai langkah strategik untuk merancakkan pembangunan akar umbi.

Presidennya, Mohd Firdaus Mohamed berkata, platform itu bukan sekadar penyertaan biasa, sebaliknya peluang terbaik untuk PBMM memainkan peranan lebih aktif dalam ekosistem pembangunan bola sepak negara dengan melahirkan bakat-bakat berkuailiti.

“Ini peluang besar untuk kita sama-sama merancakkan pembangunan di peringkat remaja. Kita mahu beri lebih ramai pemain muda peluang beraksi dan berkembang dalam suasana kompetitif,” katanya.

PBMM bakal menyertai saingan Liga Remaja Kebangsaan 2026 yang dijadual berlangsung dari Mei hingga November ini di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, PBMM akan mempertaruhkan tiga pasukan mengikut kategori umur iaitu bawah 12 (B-12), B-15 dan B-16.

Bagi kategori B-12, pasukan yang akan membawa cabaran PBMM ialah Prime Football Club, manakala X Prime Football Team mewakili kategori B-15, dengan kedua-duanya dari Shah Alam.

Sementara itu, kategori B-16 pula akan disertai pasukan yang berpengkalan di Kuantan iaitu Kuantan Soccer Kids (KSK) yang dilihat memiliki potensi besar untuk mencabar pasukan lain.

Firdaus menambah, penyertaan ini juga selari dengan hasrat PBMM untuk menyokong agenda pembangunan bakat negara, selain memastikan lebih ramai pemain muda mendapat laluan jelas ke peringkat lebih tinggi.

“PBMM komited dalam pembangunan remaja. Kita mahu bina asas yang kukuh supaya pemain ini boleh pergi lebih jauh, bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga antarabangsa,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN