Pampasan jadi syarat keluar BAM

Pampasan jadi syarat keluar BAM

Presiden Persatuan Badminton (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (kanan) hadir bagi meninjau latihan para pemain menjelang Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 di Ningbo, China di Akademi Badminton Malaysia (ABM). GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi bayangan bakal mengenakan pampasan terhadap pemain yang meninggalkan badan induk itu.

Langkah itu sebagai reaksi terhadap kebimbangan Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei yang tidak mahu situasi melibatkan pemain beregu wanita negara, Go Pei Kee berulang sehingga menyebabkan kehilangan bakat muda.

Zafrul mendedahkan isu pampasan akan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat Mesyuarat Ahli Majlis BAM yang dijadual berlangsung ketika kejohanan Malaysia Masters, Mei depan.

Beliau menegaskan keperluan pendekatan lebih tegas dalam pelaksanaan dasar pampasan bagi memastikan setiap pemain yang meninggalkan BAM mengambil kira pelaburan besar yang telah dicurahkan terhadap pembangunan mereka sejak awal hingga ke peringkat profesional.

“Beliau ada maklumkan supaya kita lebih tegas dan memastikan pemain yang meninggalkan BAM perlu memberi pampasan kepada badan ini.

“Ini kerana pelaburan terhadap setiap pemain melibatkan jumlah besar, malah boleh mencecah jutaan ringgit dari peringkat awal hingga menjadi profesional,” kata Zafrul selepas tinjauan sesi latihan Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, semalam.

Menurut beliau, dari sudut tadbir urus, pendekatan tersebut adalah adil dan selari dengan amalan dalam organisasi lain yang menuntut komitmen selepas menerima pelaburan pembangunan.

“Dari segi prinsip, saya tidak ada masalah dan sebelum ini memang ada kontrak dengan pemain utama, cuma kita pernah memberi pengecualian dalam beberapa kes.

“Saya rasa kita tidak patut lagi memberi pengecualian dan perlu lebih tegas dalam menguatkuasakan klausa kontrak tersebut,” katanya.

Pada Januari lalu, Pei Kee mengumumkan berpisah dengan rakan sepasukannya, Teoh Mei Xing sebelum meletakkan jawatan sebagai pemain kebangsaan sebulan kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN