MA gesa kemelut FTAA ditangani segera

MA gesa kemelut FTAA ditangani segera

NORHAYATI KARIM (tengah)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Olahraga Malaysia (MA) menggesa agar status penggabungan yang dikemukan Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan (FTAA) dapat diselesaikan supaya mereka dapat menjadi ahli gabungan badan induk itu.

Setiausaha Agung MA, Norhayati Karim berkata, MA telah mengambil inisiatif dengan mengumpulkan wakil FTAA yang terdiri daripada perwakilan dari Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Itulah hasrat kita untuk kita secepatnya mengambil mereka jadi sebahagian daripada ahli gabungan MA.

“Aspirasi MA adalah untuk mengambil mereka menjadi sebahagian daripada badan induk olahraga secepat mungkin,” katanya.

Norhayati berkata demikian kepada media selepas mengadakan pertemuan bersama Persatuan Olahraga Labuan dan Kuala Lumpur, hari ini namun tiada wakil dari Putrajaya hadir pada mesyuarat tersebut.

Berdasarkan Perlembagaan MA, pembentukan FTAA perlu merangkumi perwakilan yang sah daripada Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Ketika ini, FTAA masih belum berdaftar secara rasmi di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN