MADRID: Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone mahu anak buahnya menebus kekecewaan dan kembali membalas kepercayaan penyokong ketika berdepan Arsenal, esok. Skuad dari ibu kota Sepanyol itu akan menerima kunjungan Arsenal dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan misi jelas menebus kekalahan menyakitkan di final Copa del Rey lebih seminggu lalu. Ribuan penyokong Atletico sebelum ini membanjiri Seville untuk final, namun pulang hampa dan mengingatkan kembali kekalahan dalam final Liga…










