Arif Aiman ‘layak’ ke Eropah – Garcia

Arif Aiman ‘layak’ ke Eropah – Garcia

ARIF Aiman Hanapi kini dalam proses pemulihan daripada kecederaan. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang muda negara, Arif Aiman Hanapi terus mencuri perhatian apabila Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim (JDT), Luis Garcia percaya pemain itu memiliki kualiti untuk beraksi di pentas bola sepak Eropah.

Pengiktirafan tersebut bukan sekadar pujian kosong, sebaliknya berdasarkan prestasi konsisten yang dipamerkan Arif Aiman bersama Harimau Selatan dalam saingan domestik dan juga Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).

Memetik laporan The Guardian, bekas pemain Liverpool itu menyifatkan Arif AIman sebagai aset besar bukan sahaja kepada kelab, malah buat skuad kebangsaan.

“Arif Aiman, permata Malaysia. Lincah, bagus dalam situasi satu lawan satu, kuat, boleh menjaringkan gol. Dia boleh beraksi di Eropah dengan mudah,” kata Garcia.

Pujian itu menggambarkan betapa tinggi nilai pemain berusia 22 tahun itu, apatah lagi dia kini dianggap antara tonggak paling menyerlah dalam bola sepak tempatan.

Reputasinya semakin kukuh apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) selama empat musim berturut-turut, sekali gus meletakkannya dalam kelompok elit pemain terbaik pernah dilahirkan negara.

Begitupun, perjalanan musim ini tidak sepenuhnya lancar buat Arif Aiman apabila dia terpaksa melalui fasa pemulihan selepas mengalami kecederaan ketika aksi antarabangsa menentang Nepal, November lalu.

Kecederaan tersebut memaksanya menjalani pembedahan di Finland pada Disember, menimbulkan tanda tanya mengenai tahap kecergasannya.

Proses rawatan itu dikendalikan oleh pakar perubatan sukan terkenal, Lasse Lempainen yang pernah merawat beberapa atlet elit termasuk pemenang Ballon d’Or 2025, Ousmane Dembele.

Perkembangan terkini memberi petanda positif apabila Arif Ainan kembali bersama skuad JDT yang berlepas ke Jeddah bagi menghadapi aksi suku akhir ACLE.

Pasukan kendalian Xisco Munoz itu dijadual menentang juara bertahan, Al-Ahli di King Abdullah Sports City, esok dan kehadiran Arif Aiman dijangka memberi suntikan moral besar buat Harimau Selatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN