Arif Aiman bakal terlepas aksi ACLE

Arif Aiman bakal terlepas aksi ACLE

ARIF AIMAN HANAPI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanafi tidak akan beraksi pada suku akhir Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) di Jeddah, Arab Saudi, 17 April ini.

Pengendali JDT, Xisco Munoz berkata, beliau enggan mengambil risiko kerana pemain sayap lincah itu masih dalam proses pemulihan dan belum mencapai tahap terbaiknya.

“Berita baiknya, Arif Aiman sudah mula menjalani latihan. Ini satu perkembangan positif pasukan. Namun begitu, penting untuk pastikan beliau cergas 100 peratus kecergasan.

“Semua pihak mahu melihat dia kembali beraksi, tetapi kami tidak boleh mengambil risiko dengan tergesa-gesa.

“Arif Aiman merupakan pemain istimewa dan antara yang terbaik di Asia. Oleh itu, beliau perlu diberikan masa secukupnya, sokongan penuh serta penjagaan terbaik sepanjang proses pemulihan ini untuk kembali pada tahap terbaik,” katanya.

Pemain paling bernilai (MVP) bagi empat musim berturut-turut itu mengalami kecederaan hamstring yang memaksanya berehat panjang sejak November 2025.

Menurut Munoz lagi, pemain sayap itu bekerja keras sepanjang tempoh pemulihan sejak lima bulan lalu namun mustahil akan kembali bersama pasukan dalam masa terdekat.

“Kalau tanya saya, sudah lama saya menagih khidmatnya namun kita tidak boleh pentingkan diri sendiri. Kita perlu bagi ruang untuk pulih sepenuhnya agar tiada kecederaan berulang.

“Dari segi ‘timing’, ia agak mustahil untuk dipercepatkan. Kecederaan memerlukan tempoh pemulihan yang tepat, dan kami tidak boleh berkompromi dalam hal ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN