Speedy Tigers perlu elak ‘tragedi’ lima minit terakhir

Speedy Tigers perlu elak ‘tragedi’ lima minit terakhir

SKUAD Speedy Tigers layak ke Piala Dunia 2026. - FB KONFEDERASI HOKI MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Speedy Tigers perlu mengubah mentaliti dan memberi fokus sehingga berakhir perlawanan bagi mengelak menjadi mangsa kebangkitan lawan.

Pemain tengah skuad hoki kebangsaan, Fitri Saari berkata, aksi-aksi sebelum ini wajar dijadikan pengajaran selepas skuad negara membuka peluang kepada kebangkitan lawan.

Katanya, keadaan semakin membimbangkan selepas skuad Speedy Tigers kerap kali berputih mata apabila kemenangan yang berada dalam genggaman diragut lawan di saat akhir.

“Dua perlawanan (kelayakan Piala Dunia 2026) kurang memuaskan tetapi sebagai pemain kita sudah cuba memberikan yang terbaik namun kita akur dengan keputusan.

“Mungkin kita kena perbaiki membuat keputusan terutamanya macam mana kita nak bermain dalam lima minit terakhir. Sudah lama benda ini (berlarutan). Diharapkan ia tidak berulang dan itu yang kita kena kaji,” katanya.

Dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir baru-baru ini, Malaysia hampir dikejutkan China selepas lawan berjaya mendapatkan dua gol pada saat akhir permainan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Situasi tersebut turut berulang dalam aksi penentuan tempat ketiga di mana Malaysia sudah mendahului 3-2 sebelum Jepun berjaya memperoleh tiga gol pada minit terakhir permainan.

Begitu pun, Malaysia tetap layak ke Piala Dunia 2026 di Belanda dan Belgium pada Ogos ini selepas muncul pasukan keempat terbaik berdasarkan kedudukan ranking daripada dua pusingan kelayakan di Mesir dan Chile.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN