Speedy Tigers layak ke Piala Dunia 2026

Speedy Tigers layak ke Piala Dunia 2026

MALAYSIA sah bertanding ke Piala Dunia 2026 yang bakal diadakan di Belanda dan Belgium pada Ogos ini - FIH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki negara layak beraksi ke akhir Piala Dunia 2026 walaupun masih perlu beraksi menentang Jepun dalam penentuan tempat ketiga dan keempat di pusingan kelayakan dekat Ismailia, Mesir, malam ini.

Pengurus pasukan skuad kebangsaan, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak berkata, tanpa perlu mengambil keputusan perlawanan bertemu Jepun, Malaysia sudah layak berdasarkan kedudukan ranking.

“Kalau ikutkan peraturan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) memang kita sudah layak. Tiga pasukan terbaik di pusingan kelayakan akan layak. Itu bermakna tiga pasukan daripada kelayakan di Chile dan tiga lagi daripada kelayakan di Mesir.

“Satu lagi slot adalah tempat keempat terbaik bagi kedua-dua pusingan kelayakan ini. Andai kita tewas kepada Jepun, kita tetap layak ke Piala Dunia.

“Katakanlah kita akhiri kempen kelayakan di tempat keempat tetapi ranking kita lebih tinggi daripada Wales dan Poland (satu lagi aksi penentuan tempat ketiga dan keempat),” katanya.

Walaupun sudah layak, Najmi berkata, skuad hoki kebangsaan tetap meletakkan sasaran untuk muncul tiga pasukan terbaik dalam kempen kelayakan.

“Harapan kita adalah nak berikan persembahan terbaik. Kita nak layak ke Piala Dunia dengan cara paling bagus,” katanya.

Malaysia kini berada di kedudukan ke-14 dunia manakala Wales bawah satu anak tangga dan Poland di tempat ke-20.

Sebagai rekod, ini merupakan kali keempat berturut-turut Malaysia layak ke Piala Dunia sejak 2014. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN