Slot tuntut tiga mata di Anfield

Slot tuntut tiga mata di Anfield

Arne Slot-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Ketua jurulatih Liverpool, Arne Slot mahu anak buahnya mempamerkan kualiti sebenar dengan mengutip tiga mata penuh ke atas Tottenham di Anfield, awal pagi esok.

Katanya, bermain di hadapan penyokong sendiri sentiasa menjadi motivasi tambahan buat The Reds, terutama selepas kekalahan dalam aksi liga dan kempen Liga Juara-Juara Eropah.

“Bermain di Anfield sentiasa istimewa. Kami tewas dalam perlawanan liga dan juga dalam Liga Juara-Juara, jadi kami mempunyai sesuatu untuk dibuktikan.

“Sokongan penyokong di sini sentiasa memberi tenaga tambahan kepada pasukan,” katanya.

Slot turut menegaskan sasaran utama Liverpool pada baki musim ini adalah memastikan setiap pemain memberikan prestasi maksimum dalam setiap sesi latihan dan perlawanan.

Katanya, pada tahap tertinggi seperti Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, perbezaan antara menang dan kalah selalunya sangat kecil.

“Margin pada tahap ini sangat kecil. Kadang-kadang anda juga memerlukan sedikit tuah. Apa yang penting ialah kami terus berjuang untuk memperbesarkan margin itu setiap hari,” jelasnya.

Musim lalu, Liverpool berjaya menjulang trofi liga, namun Slot mengakui mereka tidak lagi berpeluang mempertahankan gelaran musim ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Liverpool masih berpeluang memburu kejayaan dalam dua lagi kejohanan iaitu Liga Juara-Juara dan Piala FA.

“Di kelab seperti Liverpool, standard sentiasa tinggi. Ia memang sepatutnya begitu kerana ini kelab besar yang sentiasa disasarkan untuk menang,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN