Selangor II, JDT II rebut kejuaraan Liga A1

Selangor II, JDT II rebut kejuaraan Liga A1

Abdul Rahman Daud meledak gol pertama ketika Selangor II menumpaskan Imigresen II 4-0, kelmarin.-IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua seteru utama iaitu Selangor II dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) kini bersaing sengit memburu kejuaraan Liga A1 Semi Pro 2025/2026 musim ini.

Kedua-dua pasukan itu mempamerkan konsistensi dalam setiap perlawanan, namun JDT memiliki kelebihan untuk memintas Selangor II kerana mempunyai kelebihan baki perlawanan.

Kelmarin, Selangor II terus mengutip mata apabila apabila membelasah Imigresen II 4-0 menerusi ledakan Abdul Rahman Daud, Haykal Danish dan dua gol ledakan Nazwan Abdullah.

Kemenangan itu memastikan Selangor II kekal menerajui carta liga dengan 49 mata, namun JDT II yang mengutip 45 mata terus mengekori rapat dan memberi tekanan dalam perebutan takhta.

Pemerhati bola sepak tempatan, Rudie Ramli melihat kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang untuk muncul juara berdasarkan prestasi semasa.

“Selangor II dan JDT II ketika ini berada pada tahap yang hampir sama dari segi konsistensi dan kualiti permainan.

“Selangor II mempunyai kelebihan dari segi momentum dan organisasi permainan, tetapi JDT II pula terkenal dengan kekuatan skuad yang boleh memberi impak pada bila-bila masa, malah mereka masih ada baki perlawanan,” katanya.

Menurut Rudie, perebutan kejuaraan musim ini dijangka berlanjutan hingga ke penghujung saingan, dengan dua pasukan berkenaan menjadi calon utama untuk bergelar juara.

“Jika kedua-dua pasukan kekal konsisten dan bebas kecederaan, saingan ini akan ditentukan pada perlawanan-perlawanan terakhir iaitu perlawanan ke-28. Peluang mereka boleh dikatakan seimbang ketika ini,” jelasnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN