Penang FC benam Kelantan TRW 5-2

Penang FC benam Kelantan TRW 5-2

PEMAIN Penang FC meraikan kejayaan mereka menumpaskan Kelantan TRW dalam aksi separuh akhir pertama Piala Cabaran di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aksi separuh akhir pertama Piala Cabaran menyaksikan pesta gol berlaku di Stadium Majlis Perbandaran Selayang selepas Penang FC membenam Kelantan The Real Warriors (TRW) 5-2, sebentar tadi.

Kemenangan itu meletakkan skuad kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail sebelah kaki ke pentas final dengan keputusan seri sudah memadai untuk mereka pada aksi timbal balik di laman sendiri nanti.

Dalam aksi berkenaan, Penang bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit kedua menerusi Stefano Brundo sebelum Douglas De Souza menambah gol kedua empat minit kemudian.

Dua gol pantas tersebut ternyata menambah semangat skuad Harimau Kumbang apabila mereka meraih gol ketiga menerusi Jose Porteria pada minit ke-14.

Tersentak dengan tiga jaringan awal Penang, skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli memperkemaskan permainan dan hasilnya mereka merapatkan keuddukan menerusi gol Azwan Aripin dan Farris Izdiham Awang Kechik pada minit ke-22 dan 38.

Kelantan TRW berpeluang untuk menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-67, namun sepakan Albert Kang berjaya diselamatkan penjaga gol Penang, Ramadhan Hamid.

Ketika sibuk mencari gol penyamaan, Kelantan dihukum menerusi gol keempat Penang pada minit ke-85 menerusi Shamie Iszuan Amin sebelum Dylan Wenzel-Halls menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan.

Kedua-dua pasukan sekali lagi akan bertembung dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Bandaraya, 11 Mac ini bagi menentukan siapa yang akan mara ke final.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN