Negeri Sembilan akhiri kemarau kemenangan, benam PDRM 6-1

Negeri Sembilan akhiri kemarau kemenangan, benam PDRM 6-1

PEMAIN NSFC meraikan kejayaan menumpaskan PDRM 6-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.-IHSAN NSFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Negeri Sembilan FC (NSFC) menamatkan kemarau kemenangan selepas membelasah PDRM 6-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.

Dalam aksi itu, NSFC bermula positif apabila meraih gol pertama seawal minit kelima hasil jaringan Luqman Hakim Shamsudin yang bijak memanfaatkan peluang terhidang.

Bagaimanapun, tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi ledakan Park Tae-soo pada minit ke-22 untuk menjadikan aksi berkenaan kembali seimbang.

Tersentak dengan gol itu, NSFC memperkemaskan semula rentak dan mereka kembali didepan menerusi Takumi Sasaki pada minit ke-38 sebelum Luqman menambah satu lagi gol dua minit kemudian.

Skuad kendalian K. Rajan itu menutup babak pertama dengan kedudukan selesa 3-1 dan bersambung babak kedua, NSFC terus selesa didepan apabila Yuichi Hirano meledak gol keempat pada minit ke-53.

Kenduri gol NSFC diteruskan dengan Sasaki menambah jaringan kedua peribadinya pada minit ke-69 sebelum Ahmad Khuzaimi Piee melengkapkan kemenangan bergaya pasukannya apabila pada minit ke-78.

Ia menjadi kemenangan pertama Negeri Sembilan selepas merekodkan empat kekalahan dan dua seri dalam enam aksi terakhir mereka sebelum ini termasuk di pentas Liga Super dan Piala Malaysia.

Kali terakhir Negeri Sembilan merasai kemenangan adalah ketika menewaskan Imigresen FC 1-0 dalam aksi Piala Malaysia, 25 Januari lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN