Jadual padat tidak gugat JDT

Jadual padat tidak gugat JDT

Pemain Penang FC, Douglas Coutinho (kanan) diasak pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Eddy Silvestre Pascual dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang di sini. Gambar/Danial Saad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz yakin anak buahnya tidak berdepan masalah prestasi biarpun mengharungi jadual padat.

Selepas mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Malaysia pada Rabu lalu, kelmarin anak buah Munoz terus cemerlang membenam Penang FC 4-0 di gelanggang lawan.

Selepas dua aksi berkenaan, skuad Harimau Selatan akan berdepan ujian lebih getir berdepan Sanfrecce Hiroshima dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) Rabu ini.

Munoz menyifatkan komitmen luar biasa pemain sebagai kunci utama memastikan JDT kekal berada dalam kelas tersendiri meskipun berdepan jadual padat yang menghimpit pasukannya minggu ini.

“Minggu ini agak sukar kerana jadual sangat padat. Namun pemain mamu meneruskan momentum dan mempamerkan karakter yang sama. Ini adalah mengenai tiga mata dan kami perlu terus fokus untuk tugas seterusnya.

“Tahniah kepada pemain yang mengekalkan disiplin tinggi, kualiti ini menjadi faktor pemisah yang memastikan penguasaan penuh JDT sepanjang perlawanan,” katanya selepas perlawanan.

Menurut Munoz, tumpuan pasukannya kini beralih ke pentas Asia menentang Sanfrecce Hiroshima dan beliau berharap anak buahnya mempamerkan aksi terbaik untuk mencari kelebihan.

Beliau menegaskan setiap perlawanan pada peringkat tertinggi Asia perlu dianggap seperti aksi final yang tidak mengizinkan sebarang kesilapan mudah menghukum mereka.

“Setiap kali kami semakin hampir ke pusingan seterusnya, perkara paling mustahak adalah memahami dengan lebih terperinci perkara-perkara kecil yang boleh mengubah segalanya.

“Kami akan mula bekerja untuk membuat persiapan terbaik kerana wakil Jepun itu mempunyai pemain yang sangat berkualiti. Kami perlu meletakkan fokus maksimum selama 90 minit kerana setiap perincian amat penting,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN