Lelaki berpaut pada kereta bekas isteri sejauh dua kilometer

Lelaki berpaut pada kereta bekas isteri sejauh dua kilometer

TANGKAP layar rakaman video berdurasi 11 saat memaparkan seorang lelaki berpaut di bahagian tepi sebuah kenderaan dipandu bekas isterinya di Bandar Seri Alam, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan bahaya seorang lelaki berusia 30 tahun berpaut pada bahagian luar kereta yang sedang bergerak di Bandar Seri Alam, di sini mengundang padah apabila dia ditahan polis, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kejadian tersebut dikesan pihaknya menerusi satu rakaman tular berdurasi 11 saat, semalam.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 3.50 petang di sekitar Bandar Seri Alam, melibatkan bekas pasangan suami isteri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertelingkahan antara mereka bermula kira-kira pukul 3.30 petang di sebuah pasar raya sebelum lelaki terbabit bertindak memanjat bonet dan berpaut pada bahagian hadapan kereta yang dipandu wanita tersebut.

“Wanita itu memandu secara perlahan sejauh kira-kira dua kilometer sebelum sekumpulan lelaki dipercayai rakan suspek lelaki datang menghalang kenderaan berkenaan selain mengugut, memecahkan cermin kereta dan merampas barangan milik wanita berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, bertindak atas maklumat, pihaknya menahan lelaki tersebut yang merupakan warga tempatan di Jalan Persisiran Seri Alam, Masai, di sini pada pukul 2 pagi tadi.

“Semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah, namun ujian saringan air kencing didapati positif ketamin. Lelaki itu direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan; Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat terhadap harta benda dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penggunaan dadah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini