Dua gol Oyarzabal bantu kemenangan Sepanyol

Dua gol Oyarzabal bantu kemenangan Sepanyol

MIKEL OYARZABAL - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VILLARREAL: Penyerang Real Sociedad, Mikel Oyarzabal mempamerkan aksi cemerlang apabila meledak dua gol untuk membantu Sepanyol menewaskan Serbia 3-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa, semalam.

Kemenangan itu sekali gus mengukuhkan reputasi juara Eropah tersebut sebagai antara pencabar utama menjelang kempen Piala Dunia tahun ini.

Oyarzabal yang menjaringkan gol kemenangan menentang England dalam final Euro 2024, meledak gol pembukaan Sepanyol di Villarreal selepas gerakan bijak yang dimulakan oleh Lamine Yamal.

Dia kemudiannya menyumbat gol kedua peribadi dan Sepanyol sejurus sebelum separuh masa dengan rembatan padu dari jarak 20 meter yang menewaskan penjaga gol Serbia, Vanja Milinkovic-Savic.

Pemain sayap Osasuna, Víctor Munoz, masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol pada penampilan sulungnya bersama Sepanyol, sekali gus melengkapkan kemenangan meyakinkan buat skuad kendalian Luis de la Fuente.

“Kami bertuah. Tiada kekurangan penjaring gol di Sepanyol,” kata De la Fuente. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN