Disiplin, taktikal kunci Speedy Tigress ‘ratah’ Kanada

Disiplin, taktikal kunci Speedy Tigress ‘ratah’ Kanada

Santiago - 2026 FIH Hockey World Cup Qualifiers 05 Canada v Malaysia (Pool B) Picture: Malaysia Celebrates first goal COPYRIGHT WORLDSPORTPICS Javier Torres No archive allowed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Nasihin Nubli Ibrahim mengakui disiplin dan perancangan taktikal menjadi kunci kejayaan anak buahnya membelasah Kanada 6-1 dalam aksi kedua Kumpulan B kelayakan Piala Dunia 2026, kelmarin.

Nasihin berkata, kemenangan tersebut berjaya dicapai selepas pemainnya mempamerkan disiplin yang tinggi serta menterjemahkan perancangan taktikal pasukan dalam permainan.

“Pemain-pemain sudah memberikan yang terbaik dan semuanya (kemenangan) berpunca disiplin yang tinggi dan taktikal (permainan). Berbeza berbanding semalam (Isnin lalu), nampak ada kemahuan (untuk menang).

“Walaupun ini kejohanan kedua selepas Sukan SEA namun pemain cepat menunjukkan kematangan namun, masih terdapat ruang penambahbaikkan,” katanya.

Berdasarkan rekod pertemuan, itu merupakan kemenangan terbesar Speedy Tigress menewaskan Kanada sepanjang lima perlawanan mereka.

Dalam pada itu, Nasihin mahu pemainnya menggunakan masa rehat selama satu hari dengan sebaiknya bagi melakukan persiapan menghadapi Jepun bagi aksi terakhir kumpulan hari ini.

“Kita akan gunakan waktu rehat untuk pemulihan sebab ini penting kerana cuaca di sini panas. Kita gunakan kesempatan yang ada untuk analisa video permainan Jepun,” katanya.

Jepun antara pasukan pilihan pada kempen kali ini memandangkan mereka tidak pernah gagal ke Piala Dunia  dalam enam edisi berturut-turut sejak 2002.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN