Salah sedia berunding dengan Al-Ittihad

Salah sedia berunding dengan Al-Ittihad

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah dilaporkan bersedia mempertimbangkan perpindahan ke Liga Pro Saudi bersama Al-Ittihad.

Tiga tahun selepas menolak tawaran lumayan, bintang Mesir berusia 33 tahun itu kini dikatakan memberi kebenaran kepada ejennya untuk membuka rundingan dengan kelab berkenaan.

Pada musim panas 2023, Al-Ittihad pernah mengemukakan tawaran sekitar 150 juta (RM804 juta), namun Salah memilih untuk kekal meneruskan legasinya di Anfield.

Spekulasi masa depannya tidak pernah reda apabila musim panas lalu, namanya sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan sebelum dia menandatangani kontrak lanjutan dua tahun bernilai 42 juta pound (RM224.9 juta), yang mengikatnya bersama Liverpool sehingga 2027.

Kontrak tersebut bermakna sebarang perpindahan tetap memerlukan bayaran perpindahan, sekali gus menjadikan rundingan berpotensi melibatkan nilai yang besar.

Isu hubungan tegang dengan pengurus baharu Liverpool, Arne Slot, turut mencetuskan tanda tanya terhadap kelangsungan kariernya di Merseyside.

Pada Disember lalu, Salah meluahkan rasa kecewa selepas diketepikan dalam tiga perlawanan berturut-turut termasuk aksi menentang Leeds.

“Saya sudah banyak kali cakap hubungan saya dengan pengurus sebelum ini baik, tapi tiba-tiba jadi tidak baik. Situasi ini memang tidak boleh diterima.

Kalau saya berada di kelab lain, biasanya kelab akan mempertahankan pemain mereka. Saya sendiri tidak faham kenapa saya berada dalam keadaan ini, tetapi itulah yang saya rasa. Seolah-olah kelab sedang menyalahkan saya,” katanya.

Situasi tersebut dilaporkan kembali tenang selepas Salah pulang daripada kempen Piala Negara-Negara Afrika bersama Mesir, namun bayangan perpindahan tetap menjadi topik yang sukar dielakkan.

Jika perpindahan itu menjadi kenyataan pada jendela musim panas nanti, Salah berpeluang bergandingan semula dengan bekas rakan sepasukannya, Fabinho, jika pemain Brazil itu melanjutkan kontraknya selepas Jun.

Al-Ittihad turut diperkuat beberapa nama besar lain seperti bekas pemain Aston Villa, Moussa Diaby manakala pemain Chelsea, N’Golo Kante sudah meninggalkan kelab berkenaan untuk menyertai Fenerbahce pada jendela musim sejuk lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN