Rybakina buru ranking No.1 dunia

Rybakina buru ranking No.1 dunia

Elena Rybakina melakukan servis ketika aksi menentang Azarenka pada separuh akhir perseorangan wanita Terbuka Australia.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Bintang tenis Kazakhstan, Elena Rybakina kini memburu gelaran pemain No.1 dunia selepas melakar kejayaan gemilang menjuarai Terbuka Australia pada minggu lalu.

Dalam kejohanan berkenaan, Rybakina yang kini berada di ranking ketiga dunia Berjaya menewaskan dua pemain teratas termasuk pemain No.1 dunia, Aryna Sabalenka di final.

Kemenangan tegang Rybakina ke atas Sabalenka, selepas menewaskan pilihan kedua dari Poland, Iga Swiatek, dengan straight set pada suku akhir, merupakan kemenangan ke-20 daripada 21 perlawanan terakhirnya.

Bercakap mengenai kejayaan menewaskan Sabalenka, beliau berkata, dapat menikmati gelaran Australia itu lebih daripada gelaran Wimbledon dan kini perancangan kariernya lebih besar.

“Saya ingat saya tidak tidur lena, separuh akhir, malah suku akhir. Final, saya pun tidak tahu. Begitu banyak emosi dan fikiran bermain di kepala saya. Ia benar-benar menekan,” katanya.

Apabila diberitahu bahawa secara statistik beliau merupakan pemain terbaik dunia sejak Wimbledon pertengahan tahun lalu, Rybakina mengakui tidak terlalu memikirkan statistik itu.

“Sejujurnya, saya tidak tahu pun statistik itu. Maksud saya, saya memang bermain dengan baik. Saya mempunyai gaya permainan yang sangat agresif, jadi saya rasa itu kuncinya,” katanya.

Beliau juga bersikap merendah diri apabila ditanya sama ada kedudukan No.1 dunia buat kali pertama berada dalam perancangannya selepas ini.

“Saya mempunyai sasaran besar (pemain No.1 dunia). Sudah tentu masa akan menentukan, tetapi pastinya kami akan terus bekerja keras,” katanya.

Rybakina, yang bertukar untuk bermain mewakili Kazakhstan pada 2018 atas sebab kewangan, diramalkan akan meraih lebih banyak kejayaan Grand Slam selepas kejayaannya di Wimbledon pada 2022.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN