Medvedev intai tiket final Terbuka Dubai

Medvedev intai tiket final Terbuka Dubai

Daniil Medvedev mara ke separuh akhir Terbuka Dubai.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Bekas pemain No.1 dunia, Daniil Medvedev mara ke separuh akhir Kejohanan Tenis Dubai selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS), Jenson Brooksby 6-2,6-1 di suku akhir, semalam.

Bintang tenis Russia berusia 30 tahun memiliki 22 gelaran sepanjang karier akan berdepan pemain meningkat naik dari kanada, Felix Auger-Aliassime dalam perebutan tiket ke pentas final, esok.

“Saya rasa hebat. Saya tahu mungkin dia ada sedikit masalah pada bahu atau siku, saya tidak pasti, tetapi servis pertama tidak menjadi seperti biasa, Tetapi anda tetap perlu bermain, tetap perlu memasukkan pukulan balas.

“Saya gembira dengan cara saya bermain di sini dan menantikan separuh akhir yang seterusnya,” kata Medvedev yang memburu gelaran kedua musim ini selepas menang di Terbuka Brisbane.

Medvedev mara ke separuh akhir gelanggang keras ke-53 dalam kariernya, hanya ketinggalan di belakang Novak Djokovic dalam kalangan pemain yang masih aktif.

Sebelum kejohanan, dia mengakui sedang mencari semula konsistensi iaitu sesuatu yang lebih mudah dicapai ketika muda apabila bermain tanpa banyak berfikir.

“Saya rasa ada masa dalam karier saya apabila lebih bersedia. Lucunya, ketika kurang pengalaman, orang kata pemain baharu bernasib baik.

“Semuanya baharu. Saya tidak kisah, saya hanya bermain ikut rasa. Sekarang saya ada banyak perkara dalam fikiran dan kadang-kadang membantu, kadang-kadang saya perlu menyingkirkannya untuk bermain lebih baik,” kata Medvedev.

Di separuh akhir, bekas juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu akan menentang pilihan utama Auger-Aliassime, yang menewaskan pilihan kelapan dari Republik Czech Jiri Lehecka 6-3, 7-6 (7/2).

Auger-Aliassime, 25, mara ke separuh akhir di Dubai buat kali kedua berturut-turut selepas menyingkirkan Lehecka dalam masa satu jam 52 minit.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN