Bekalan kelapa cukup kegunaan Aidilfitri 

Bekalan kelapa cukup kegunaan Aidilfitri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Bekalan kelapa dan santan dijamin mencukupi bagi menampung permintaan pengguna menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sekiranya berlaku kekurangan bekalan semasa, pihak pengguna diminta segera membuat laporan kepada pihak berwajib bagi membolehkan tindakan segera dilaksanakan.

“Bekalan kelapa setakat ini mencukupi dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) segera menangani masalah berkaitan sekiranya berkurangan. Selain itu, kita memperoleh bekalan kelapa tambahan seperti biasa termasuk dari Sabah dan Perak bagi pasaran tempatan serta import dari Indonesia,” katanya pada Majlis Sentuhan AgroMADANI dan Iftar di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Besut di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru itu, beliau menggalakkan penanam kelapa tempatan dapat meningkatkan hasil bagi memenuhi permintaan domestik.

Beliau juga memberi jaminan bahawa kenaikan harga kelapa juga tidak terlalu tinggi berbanding harga tahun lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini