MA buat penstrukturan kejurulatihan

MA buat penstrukturan kejurulatihan

OLAHRAGA Malaysia (MA) kini melakukan perubahan besar-besaran dalam kejurulatihan badan induk itu sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2027 ketika Malaysia menganjurkannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Olahraga Malaysia (MA) melakukan penstrukturan semula barisan kejurulatihan kebangsaan dengan melantik empat ketua jurulatih bagi setiap disiplin utama iaitu pecut, lompatan, balingan serta larian jarak sederhana dan jauh.

Langkah strategik itu dilihat sebagai usaha memperkemas struktur pentadbiran teknikal dan meningkatkan prestasi atlet menjelang temasya utama Sukan SEA 2027 ketika Malaysia menganjurkannya.

Setiausaha Agung MA, Nurhayati Karim berkata, pendekatan baharu itu bertujuan mewujudkan fokus lebih jelas mengikut kepakaran disiplin selain memastikan program pembangunan atlet dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berimpak tinggi.

“Untuk barisan kejurulatihan kita telah mencapai satu persetujuan bersama untuk melantik 16 jurulatih tempatan dan surat lantikan akan diedarkan selepas ini.

“Kita ada perancangan untuk ambil jurulatih luar negara dan sebanyak tiga slot diluluskan pada hari ini sebagai persiapan untuk memperkasakan program atlet dan jurulatih tempatan dengan jurulatih luar negara.

“Kita rancang 20 jurulatih tapi kita dapat kelulusan 19 sahaja. Tiga jurulatih dari luar kita cari untuk disiplin balingan, larian jarak sederhana dan jauh dan pecutan. Kita sasarkan mereka dari India, Jerman, Afrika Selatan dan Botswana,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) bersama Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.

Nurhayati turut berkata, MA tidak merancang untuk mengambil pengarah teknikal selepas badan induk tersebut tidak menyambung kontrak Robert Ballard pada tahun lalu sambil memberitahu beberapa jurulatih akan dikekalkan kontrak mereka.

“Ada wajah baharu (jurulatih), ada yang disambung semula dan kita lihat ramai bekas atlet ditawarkan jawatan jurulatih. Lebih daripada separuh adalah bekas atlet. Kami akan mengumumkan senarai jurulatih ini pada minggu hadapan,” katanya.

Katanya lagi, seramai 21 atlet berada dalam Program Podium termasuk Danish Iftikhar Muhammad Roslee manakala 40 orang untuk Program Pelapis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN