Jojo kalahkan petarung Myanmar, Adam raih bonus RM43,600

Jojo kalahkan petarung Myanmar, Adam raih bonus RM43,600

AKSI Jojo (kanan) ketikika berdepan petarung Myanmar di ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok, hari ini.-IHSAN ONE CHAMPIONSHIP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar terus membuktikan kemampuan di pentas antarabangsa apabila menewaskan petarung Myanmar, Ye Yint Naung pada ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok, hari ini.

Beraksi dalam kategori flyweight, Johan atau dikenali ssebagai Jojo menang menerusi keputusan sebulat suara selepas mempamerkan penguasaan penuh sepanjang pertarungan tiga pusingan itu.

“Terima kasih kepada Tuhan atas segala-galanya. Terima kasih Bangkok, saya rasa bagus, saya nampak bagus dan prestasi saya juga semakin baik,” katanya selepas pertarungan itu.

Kemenangan berkenaan menyaksikan Johan terus membina momentum selepas menewaskan petarung Maghribi, Zakaria El Jamari pada September lalu di pentas ONE Championship.

Johan turut mengesahkan dia tidak akan beraksi dalam masa terdekat berikutan ketibaan Ramadan, namun memberi bayangan bersedia berdepan mana-mana pencabar selepas itu.

Terdahulu, Adam Rakib, turut mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan KO pada pusingan kedua ke atas petarung Maghribi, Walid Snoussi sekali gus meraih kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Toma Kuroda dari Jepun secara keputusan sebulat suara pada September lalu.

Kemenangan itu juga menyaksikan adik kepada Ahmad Nor Iman Aliff Rakib itu meraih bonus prestasi pertamanya sebanyak 350,000 baht (RM43,600).

Dalam pertembungan kategori Strawweight Muay Thai itu, Adam tampil dengan corak serangan agresif.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN