Isu kecederaan terus menghimpit Arsenal

Isu kecederaan terus menghimpit Arsenal

MIKEL ARTETA - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LONDON: Pengurus Arsenal , Mikel Arteta mengakui kebimbangan terhadap peningkatan isu kecederaan dalam pasukannya yang berpotensi menjejaskan misi memburu empat kejuaraan musim ini.
The Gunners kini menerajui carta liga terus mengorak langkah cemerlang apabila membelasah Wigan  4-0 untuk mara ke pusingan kelima Piala FA di Stadium Emirates, semalam.
Bagaimanapun, kemenangan bergaya itu terpaksa dengan harga yang mahal berikutan kecederaan dua tonggak pasukan, Riccardo Calafiori dan Ben White.
Calafiori dilaporkan mengalami masalah ketika sesi pemanasan badan dan terpaksa diketepikan manakala White pula dikeluarkan pada separuh masa kedua akibat kecederaan.
Situasi itu menambah derita skuad kendalian Arteta yang sebelum ini sudah kehilangan beberapa pemain utama termasuk kapten, Martin Odegaard.
Odegaard tidak diturunkan selepas mengalami kecederaan ringan ketika seri 1-1 menentang Brentford, Khamis lalu.
Turut berada dalam senarai kecederaan adalah penyerang Jerman, Kai Havertz yang dijangka berehat sehingga hujung bulan ini manakala pemain tengah Sepanyol, Mikel Merino berkemungkinan besar terlepas baki musim selepas menjalani pembedahan kaki.
“Ya, sebelum ini penyerang yang cedera kemudian pertahanan dan kini pemain tengah pula. Kami masih mampu mengatasinya tetapi kami perlukan pemain kembali cergas segera.
“Bukan sahaja untuk mencukupkan jumlah tetapi memberi lebih banyak pilihan taktikal mengikut lawan,” kata Arteta.
Arsenal yang memiliki kelebihan empat mata di puncak liga akan bertemu kelab tercorot, Wolverhampton di Molineux, Rabu ini sebelum aksi derbi utara London menentang Tottenham Hotspur minggu depan. – AFP
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN