Fadhil mahu rampas semula takhta Asia

Fadhil mahu rampas semula takhta Asia

Muhammad Fadhil Zonis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba negara negara, Muhammad Fadhil Zonis mahu merampas semula semula emas ujian masa 1 kilometer (km) di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 di Filipina pada 25 hingga 31 Mac ini.

Atlet berusia 29 tahun itu mengakui saingan kali ini lebih getir apabila Jepun menerusi juara bertahan Ryoto Ichida serta wakil Kazakhstan, Kiril Kurdidi yang pernah meraih gangsa dan beraksi di final Kejohanan Dunia, bakal menjadi penghalang utama impiannya.

Bagaimanapun, Fadhil hadir dengan persiapan lebih terancang termasuk memperkemas komposisi badan dan tahap kecergasan bagi memastikan dirinya berada pada tahap terbaik menjelang saingan yang berlangsung di Velodrom Tagaytay City itu.

“Untuk saya sekarang memang sudah ideal (berat badan) tetapi saya kena kekalkan dan kalau boleh nak turunkan lagi sedikit lemak badan sebab tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum ACC. Jadi minggu-minggu terakhir ini saya cuba longgarkan lagi lemak itu apabila sampai ACC nanti saya berada dalam keadaan terbaik.

“Kali ini, Jepun dan Kazakhstan jadi fokus utama sebab Kazakhstan tahun lepas layak ke final Kejohanan Dunia dan Jepun pula kalau pelumba sama masuk mereka dapat slot tambahan, jadi mungkin ada dua pelumba Jepun,” kata Fadhil.

Walaupun menutup musim 2025 dengan gemilang menerusi emas pecut berpasukan di Sukan SEA Thailand, Fadhil tidak sesekali memandang ringan ancaman tuan rumah itu selepas melihat peningkatan catatan masa khususnya bagi pelumba terakhir acara pecut berpasukan.

“Selain Jepun dan Kazakhstan mungkin India atau Thailand, tapi saya nampak Thailand agak kuat sebab di Sukan SEA tempoh hari catatan masa pelumba terakhir mereka agak laju dan itu menunjukkan mereka ada potensi beri cabaran sengit,” katanya.

Fadhil meraih emas ujian masa 1km pada 2023 manakala menamatkan ACC tahun lalu di tempat keempat sebelum menebus kekecewaan dengan gangsa pecut berpasukan bersama Muhammad Ridwan Sahrom dan Mohd Akmal Nazimi Jusena.

Untuk rekod, skuad negara mengutip dua emas menerusi Nurul Izzah Izzati Mohd Asri selain empat perak dan empat gangsa di Velodrom Nasional Nilai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN