Benfica hilang khidmat Prestianni

Benfica hilang khidmat Prestianni

Gianluca Prestianni
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pemain tengah Benfica, Gianluca Prestianni tidak boleh beraksi dalam perlawanan timbal balik play-off Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid selepas digantung satu perlawanan oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

Prestiani digantung selepas dia dituduh melakukan penghinaan berbaur perkauman terhadap Vinicius Junior ketika aksi pertama play-off yang berlangsung di Benfica pada minggu lalu yang menyaksikan Real Madrid menang 1-0.

Badan disiplin UEFA, yang masih menyiasat insiden berkenaan berkata, badan induk itu memutuskan untuk menggantung sementara Prestianni bagi perlawanan seterusnya dalam pertandingan kelab UEFA yang sepatutnya dia layak beraksi.

Dalam aksi pertama, Vinicius menjaringkan gol yang memisahkan kedua-dua pasukan dan melaporkan dakwaan penghinaan berbaur perkauman kepada pengadil selepas sambutan jaringannya, menyebabkan perlawanan dihentikan kira-kira 10 minit.

“Penggantungan sementara satu perlawanan terhadap Prestianni adalah tanpa menjejaskan sebarang keputusan yang mungkin dibuat badan disiplin UEFA selepas siasatan berterusan selesai,” kata UEFA.

Jika UEFA mendapati pemain berusia 20 tahun itu benar-benar melakukan penghinaan perkauman terhadap Vinicius, dia akan digantung sekurang-kurangnya 10 perlawanan.

Prestianni yang bertengkar dengan Vinicius sambil menutup mulut menggunakan bajunya, menegaskan dia tidak melakukan penghinaan perkauman terhadap penyerang Real itu.

Pertahanan Real, Trent Alexander-Arnold menyifatkan insiden itu sebagai memalukan buat bola sepak, manakala penyerang Kylian Mbappe berkata, Prestianni tidak lagi layak beraksi dalam Liga Juara-Juara.

Jurulatih Benfica, Jose Mourinho, yang turut digantung untuk aksi timbal balik itu, secara kontroversi mengkritik sambutan gol penuh emosi Vinicius dan berkata kelabnya tidak mungkin bersifat perkauman kerana ikon terhebat mereka iaitu Eusebio, berkulit hitam. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN