Slot gembira Salah kembali perkuat jentera Liverpool

Slot gembira Salah kembali perkuat jentera Liverpool

ARNE SLOT - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARSEILLE: Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui berasa gembira apabila Mohamed Salah kembali beraksi bersama pasukan bagi menentang Marseille dalam kempen Liga Juara-Juara, esok.

Salah dijangka membuat penampilan pertama untuk The Reds sejak 26 November lalu selepas membuat kenyataan pedas terhadap Slot sekali gus memperkuatkan pilihan serangan Liverpool.

“Jom kita lihat untuk kesebelasan utama esok jika anda masih fikir ada isu. Saya bercakap dengannya hari ini (semalam) dan saya gembira untuk mempunyai dia kembali.

“Ada satu ketika dalam musim ini di mana saya memutuskan untuk tidak menurunkan Salah dan satu ketika di mana saya memutuskan untuk tidak membawanya ke perlawanan.

“Untuk semua perlawanan lain dia berada dalam skuad dan menjadi pengganti pertama menentang Brighton jadi pada masa itu, tidak pernah ada isu bagi saya,” kata Slot pada sidang media pra-perlawanan pada semalam.

Liverpool kehilangan Salah apabila dia menyarung jersi Mesir dalam kempen Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang tamat baru-baru ini.

Salah merupakan penjaring ketiga tertinggi sepanjang masa Liverpool dengan 250 gol dalam 421 penampilan, memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara sejak menyertai dari Roma pada 2017. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN