NSFC waspada ancaman Kuching City

NSFC waspada ancaman Kuching City

PEMAIN NSFC menjalani latihan menjelang aksi berdepan Kucning City dalam saingan Liga Super.-IHSAN NSFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) perlu lebih peka dengan serangan pantas Kuching City dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching, hari ini.

Tonggak pertahanan NSFC, Muhammad Amirul Adli Azmi berkata, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak bukan lawan mudah, terutama dengan kelebihan beraksi di laman sendiri.

Pemain kelahiran Singapura itu yang menyertai NSFC pada jendela perpindahan kedua berkata, barisan pertahanan Skuad Jang perlu bekerja keras bagi mengelak gawang dibolosi

“Kuching City ada barisan serangan yang tajam. Sebagai pemain pertahanan, saya sedar kami perlu bersedia hadapi perlawanan sukar.

“Fokus penting, kita tak boleh leka walau sesaat kerana mereka mampu mencipta gol dari peluang yang sedikit,” katanya.

Pemain berusia 30 tahun itu optimis, kemenangan ke atas Imigresen FC sebelum ini dalam kempen Piala Malaysia telah menaikkan semangat dan keyakinan pemain.

“Kemenangan itu memberi suntikan moral yang besar. Ia bukti usaha keras kami sepanjang latihan mula membuahkan hasil. Kami akan kekalkan semangat ini untuk perlawanan akan datang,” katanya.

Dengan persaingan liga yang semakin sengit, NSFC mensasarkan tiga mata penuh di Kuching bagi memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super musim ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN