Madison Keys mara ke pusingan 16 Terbuka Australia

Madison Keys mara ke pusingan 16 Terbuka Australia

MADISON Keys mara ke puyisngan 16 Terbuka Australia-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Juara bertahan, Madison Keys mara ke pusingan 16 Terbuka Australia selepas menang straight set 6-3, 6-3 ke atas bekas pemain No.1 dunia, Karolina Pliskova, di Rod Laver Arena, semalam.

Kemenangan itu menyaksikan pemain pilihan kesembilan kejohanan itu bakal bertemu rakan senegara yang juga pilihan keenam, Jessica Pegula, dalam perebutan tempat ke suku akhir.

Keys, yang mengejutkan No.1 dunia, Aryna Sabalenka untuk muncul juara tahun lalu, mengakui kemenangan meyakinkan itu menjadi tonik keyakinan selepas mengharungi dua perlawanan awal dengan prestasi kurang meyakinkan.

“Saya rasa servis saya banyak membantu keluar daripada beberapa situasi sukar dalam perlawanan ini.

“Saya berikan sedikit pujian kepada diri sendiri kerana mampu kekal yakin dan berani bermain agresif,” kata Keys.

Pliskova, 33, yang kini merosot ke ranking 1,057 dunia akibat kecederaan buku lali, tetap mempamerkan reputasi sebagai bekas pemain elit namun gagal mengekang asakan awal Keys.

Dalam cuaca panas terik dengan suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius, Keys tampil lebih berani khususnya menerusi pukulan forehand untuk menguasai permainan.

“Saya perlu percaya sepenuhnya kepada permainan dan diri sendiri, dan hari ini saya benar-benar berasa bersedia,” kata Keys. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN