PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan mereka berjaya mendapatkan khidmat pemain muda Sepanyol, Dro Fernandez dari Barcelona sekali gus mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengurusan kelab Catalan itu.
Presiden Barcelona, Joan Laporta sebelum ini menjelaskan bahawa Dro telah bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu bersama kelab tersebut, namun akhirnya memilih untuk meninggalkan pasukan.
PSG dalam satu kenyataan memaklumkan, Dro yang beraksi di posisi tengah telah menandatangani kontrak sehingga tahun 2030 dan akan memakai jersi bernombor 27 bersama juara Ligue 1 itu.
“PSG dengan sukacitanya mengumumkan penandatanganan Dro Fernandez.
“Pemain tengah Sepanyol berusia 18 tahun itu akan memakai jersi nombor 27 telah menandatangani kontrak yang akan mengekalkannya di ibu kota Perancis sehingga tahun 2030.
“Satu perpindahan yang selaras sepenuhnya dengan strategi sukan kelab dan tumpuan kuat mereka terhadap pembangunan pemain muda dan bakat,” kata PSG.
PSG bagaimanapun tidak menyatakan jumlah bayaran yang dibuat untuk mendapatkan Dro.
“Ia merupakan satu situasi yang tidak menyenangkan,” kata Laporta kepada Catalunya Radio, Ahad lalu. – AFP










