PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski, melihat saingan Piala AFF 2026 sebagai platform terbaik untuk membina kekuatan baru buat pasukan negara.
Cklamovski berkata, kejohanan yang berlangsung di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antrabangsa (FIFA) itu membuka ruang memperkenalkan muka baharu di pelbagai posisi.
Lebih penting katanya,, ia memberikan peluang untuk pemain muda mengutip pengalaman antarabangsa demi persiapan menghadapi cabaran lebih besar seperti Sukan SEA 2027.
“ASEAN Hyundai Cup (Piala AFF) mempersembahkan peluang pembangunan penting untuk pasukan kami.Memandangkan ia diadakan di luar kalendar antarabangsa FIFA, ini membolehkan kami menambah lebih ramai pemain baharu.
“Kejohanan ini juga memberi pengalaman antarabangsa buat pemain baru dan memperkuatkan laluan ke skuad Harimau Malaya.
“Ini tatkala kami membuat persiapan untuk menghadapi kejohanan besar pada masa hadapan termasuk Sukan SEA 2027 di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kejohanan yang berlangsung pada 24 Julai hingga 26 Ogos 2026 itu, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Filipina, Myanmar dan Laos.
Sementara itu, Kumpulan A pula menyaksikan persaingan antara Vietnam, Singapura, Indonesia, kemboja dan juga pemenang playoff antara Brunei dan Timor Leste.
Untuk rekod,pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan ini adalah ketika menjuarai edisi 2010 di bawah bimbingan jurulatih lagenda, Datuk K. Rajagobal.- UTUSAN










