Irfan pecah rekod Sukan SEA, raih emas buat kali ketujuh

Irfan pecah rekod Sukan SEA, raih emas buat kali ketujuh

JAGUH lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin memenangi pingat emas Sukan SEA Thailand 2025 di  Stadium Nasional Suphachalsai, sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin memenangi pingat emas buat kali ketujuh berturut-turut dalam acara lempar cakera Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Suphachalsai, sebentar tadi.

Sejak merangkul emas pertamanya pada usia 18 tahun di Naypyitaw, 10 tahun lalu, langkah atlet kelahiran Negeri Sembilan itu semakin gagah apabila dia terus mempertahankan kejuaraan dengan lemparan sejauh 60.23 meter (m).

Lebih manis, atlet berusia 30 tahun itu juga mencapai sasaran untuk memecahkan rekod temasya 59.50m yang sebelum ini dilakar oleh bekas jaguh lempar cakera Singapura, James Wong Tuck Yim pada Sukan SEA Brunei 1999.

Wakil Thailand, Bandit Singhatongkul memperoleh perak dengan lemparan sejauh 53.82m dan atlet Filipina, Russel Ricaforte yang mencatat lemparan 53.34m membawa pulang gangsa

Untuk rekod, Irfan yang merupakan pemegang rekod kebangsaan dengan lemparan 62.55m di Austria pada 2017, memperoleh emas Sukan SEA pertamanya semasa edisi Myanmar 2013.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN