Impian emas poomsae campuran lebur

Impian emas poomsae campuran lebur

AKSI atlet taekwondo negara, Jason Loo Jun Wei-Nur Humaira Abdul Karim dalam kategori beregu campuran gaya bebas poomsae Sukan SEA Thailand 2025 di Fashion Island Shopping Mall di sini hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Impian Malaysia untuk meraih emas dalam acara poomsae pasangan campuran Sukan SEA 2025 berakhir dengan kontroversi selepas bantahan kem negara ditolak oleh pihak penganjur.

Dalam aksi di Dewan 3 Fashion Island Mall, di sini hari ini, atlet negara, Jason Loo-Nur Humaira Karim meraih 8.520 mata, mengatasi Chonlakorn Chayawatto-Thana Kiewlaider dari Thailand dengan 8.460.

Bagaimanapun, juri memutuskan bahawa keputusan seri dan kemenangan diberikan kepada pasangan tuan rumah berdasarkan perbezaan markah persembahaan yang sangat tipis iaitu 0.004.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin menyifatkan situasi berkenaan sebagai tidak adil kepada alet negara yang juga merupakan pemenang pingat gangsa kejohanan dunia.

Jefri mengakui, walaupun sedar risiko bias dalam sukan subjektif, keputusan memihak kepada tuan rumah itu dilihat tidak adil memandangkan prestasi semasa dan fizikal atlet negara berada pada tahap terbaik.

“Saya memang kecewa dengan pengadilan mereka. Kita bukan hendak pastikan semua atlet kita menang, tetapi mana-mana yang membuat persembahan terbaik sepatutnya diberikan mata selayaknya.

“Walaupun kita sudah buat protes dan tewas, kita kena akur dengan keputusan akhir. Namun, ini peringatan kepada semua pengurus pasukan dan jurulatih supaya sentiasa peka dan jangan leka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN