Hoki dalam dewan raih perak

Hoki dalam dewan raih perak

SKUAD hoki dalam dewan negara akur selepas meraih pingat perak pada Sukan SEA 2025, hari ini. - Konfederasi Hoki Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki dalam dewan lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 2-0 kepada Indonesia dalam penalti shoot-out pada aksi final Sukan SEA 2025, hari ini.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi penalti shoot-out selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4 pada aksi penuh permainan.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia menyamai pencapaian pada edisi 2023 di Kemboja selepas pingat emas dimenangi oleh Indonesia yang kini menggunakan khidmat bekas jurulatih hoki negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN