Dua pasukan hoki wanita negara layak ke final

Dua pasukan hoki wanita negara layak ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim tekad untuk memastikan pingat emas Sukan SEA 2025 menjadi milik mereka.

Malaysia dijadual bertemu Indonesia pada aksi final esok selepas menewaskan Singapura 9-0 pada aksi separuh akhir hari ini. Indonesia mara setelah menewaskan Thailand 2-0 menerusi penalti shoot-out selepas terikat tanpa jaringan.

“Alhamdulillah berkat persiapan dan ‘post mortem’ daripada barisan kejurulatihan dan pemain membuahkan hasil. Kita akan focus pada aksi esok menentang Indonesia.

“Diharapkan pemain dapat beraksi dengan keyakinan dan pastikan emas tetap menjadi milik kita. Alhamdulillah tiada pemain cedera dan kesemua 18 pemain kita bersedia untuk memberi persembahan terbaik mereka,” katanya.

Pada aksi separuh akhir itu menyaksikan Nuramirah Shakirah Zulkifli menjaringkan dua gol dan selebihnya disumbangkan oleh Hanis Nadiah Onn, Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad, Nur Afiqah Syahzani Azhar, Siti Zulaikha Husain, Anith Humaira Baharudin, Siti Nur Atika Shaikh Maznan dan Anith Humaira Baharudin.

“Perlawanan hari ini memang berbeza. Singapura cuba mengambil peluang terhadap kita namun pemain lebih berdisiplin dan fokus selepas pertemuan menentang Thailand tempoh hari di mana kita tidak bermain dengan baik.

“Namun, hari ini kita dapat semula rentak permainan pasukan,” kata Nasihin.

Dalam perkembangan berasingan, skuad hoki dalam dewan wanita negara turut melangkah ke final selepas menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi separuh akhir.

Skuad kendalian Rodhanizam Mat Radzi itu dijadual bertemu sama ada Thailand atau Singapura di pentas akhir esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN