Cheong Min bolot dua emas

Cheong Min bolot dua emas

Atlet wushu, Tan Cheong Min beraksi dalam acara nanquan-nandao-nangun wanita pada Sukan SEA Thailand 2025 di Kompleks Kerajaan Bangunan Chaeng Watthana di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Ratu wushu negara, Tan Cheong Min membuktikan dirinya berada dalam kelas tersendiri apabila membutirkan dua emas buat kontinjen negara dalam hari terakhir sukan itu di Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

Atlet kelahiran Melaka itu meraih emas dalam acara nandao selepas mengutip 29.263 mata untuk menewaskan atlet Vietnam, Dang Trang Phuong yang meraih perak dan gangsa milik wakil singapura, Ong Xue Ling.

Atlet wushu negara, Loh Ying Ting, Pang Pui Yee dan Tang Cheong Min beraksi dalam acara Duilian senjata wanita pada Sukan SEA Thailand 2025 di Kompleks Kerajaan Bangunan Chaeng Watthana di sini hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO.

Dalam aksi berikutnya, Cheog Min yang bergandingan dengan Loh Yin Ting dan Pang Pui Yee turut mengutip emas dalam acara berpasukan duilian bersenjata menewaskan Thailand (perak) dan Myanmar (gangsa)..

Secara keseluruhan kem wushu cemerlang di Sukan SEA Thailand 2025 apabila membawa pulang tiga emas, satu perak dan empat gangsa, mengatasi sasaran hanya satu emas.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN