BANGKOK: Skuad badminton berpasukan lelaki negara gagal mencapai sasaran emas apabila tumpas 0-3 kepada Indonesia dalam pentas final di Gimnasium 4 Thammasat University, sebentar tadi.
Leoung Jun Hou yang diturunkan sebagai perseorangan pertama gagal mengutip mata selepas tumpas straight set 12-21, 19-21 kepada Alwi Farhan yang juga pemain di ranking ke-17 dunia.
Beregu No.2 dunia, Aaron Chia- Sooh Wooi Yik yang diletakkan harapan untuk kembali mengikat kedudukan juga tersungkur mudah 12-21, 12-21 kepada Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.
Tekanan tinggi terhadap Justin Hoh untuk meraih mata pertama negara menjadi punca pemain perseorangan kedua itu kandas straight set 12-21, 14-21 kepada Moh Zaki Ubaidillah.
Keputusan itu menyaksikan menyaksikan Indonesia meraih emas dengan kemenangan 3-0 dan terus unggul dalam acara badminton berpasukan di pentas Asia Tenggara.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia terus kempunan untuk meraih emas dalam acara berpasukan lelaki selepas kali terakhir bergelar juara pada edisi 2005 di Sukan SEA Manila.- UTUSAN










