Sasaran emas tidak adil untuk atlet

Sasaran emas tidak adil untuk atlet

Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Thailand 2025, Nurul Huda Abdullah bergambar bersama barisan atlet Taekwondo yang akan membawa cabaran negara di Sukan SEA 2025.- UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Thailand 2025, Nurul Huda Abdullah berkata, pendekatan menetapkan sasaran pingat secara spesifik tidak adil untuk atlet.

Nurul Huda yang juga bekas perenang lagenda negara berkata, menilai prestasi atlet secara sempit berdasarkan jumlah pingat untuk warna tertentu bukanlah pendekatan yang sesuai.

Sebaliknya beliau menegaskan, sokongan berterusan kepada semua sukan dan atlet jauh lebih penting bagi memastikan pembangunan dan peningkatan prestasi secara menyeluruh.

“Sebagai bekas atlet, saya faham betapa besarnya tekanan apabila sasaran pingat diletakkan secara spesifik, terutama dalam sukan seperti renang di mana beza kemenangan hanya berbeza beberapa peratus saat sahaja.

“Penetapan sasaran keseluruhan yang lebih holistik memberi peluang kepada sukan dan atlet untuk berkembang tanpa beban tekanan sasaran pingat tertentu yang boleh menjejaskan prestasi.

“Ini tidak adil untuk menilai prestasi atlet secara sempit,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau sesi latihan skuad teqball, kelmarin.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan pemerhati sukan tempatan, Zakaria Rahim berkata, pendekatan ‘any colour will do’ atau sasaran hanya berdasarkan jumlah pingat tanpa sasaran emas adalah tidak wajar bagi acara sebesar Sukan SEA.

Jelasnya, sasaran realistik dan terperinci perlu digariskan supaya atlet dan persatuan sukan jelas dengan matlamat yang harus dicapai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN