TFC mudah ke suku akhir Piala Malaysia

TFC mudah ke suku akhir Piala Malaysia

ENGKU Nur Shakir Engku Yacob meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya ketika bertemu UM-Damansara United dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) melangkah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia dengan bergaya selepas menyingkirkan UM-Damansara United 7-0 secara agregat.

Skuad Sang Penyu menewaskan The City Tigers 5-0 dalam aksi timbal balik di  Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini malam ini selepas menang 2-0 di Stadium UM Arena, Isnin lalu.

Dalam perlawanan malam ini,  bekas penyerang skuad kebangsaan, Engku Nur Shakir Engku Yacob mencipta hatrik manakala dua gol lagi skuad Sang Penyu dijaringkan pemain import, Careca.

TFC bakal bertemu pemenang antara Kuala Lumpur City FC atau Perak FA yang turun beraksi Ahad ini di pusingan suku akhir kelak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN