Kem pecut rangka strategi jangka panjang

Kem pecut rangka strategi jangka panjang

DANISH Iftikhar Muhammad Roslee (kanan) memintas pelari Korea Selatan, Kim Sin On ketika meraih tempat pertama dalam acara Akhir 100 meter (m) lelaki pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2025 yang berlangsung di Stadium Tuanku Syed Putra, di Kangar, Perlis-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabungan atlet senior dan pelapis bagi acara pecut ke Sukan SEA 2025 di Thailand di buat bagi menjamin kejayaan jangka panjang skuad olahraga negara.

Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Kassim berkata, gabungan itu dilihat seimbang dan menjadi persediaan awal menjelang menjelang Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur

“Kami melihat prestasi atlet muda agak memberangsangkan kebelakangan ini, tetapi mereka masih kurang pengalaman bertanding di pentas besar.

“Gabungan muka lama dan baru adalah strategi tepat untuk memastikan kesinambungan dan kejayaan jangka panjang.

“Senarai atlet ini juga sebagai persiapan menjelang Sukan SEA 2027 di Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Olahraga Malaysia (MA) mengumumkan senarai atlet yang menyaksikan, Danish Iftikhar Muhammad Roslee membawa cabaran dalam acara 100 meter (m), 200m dan 4x100m selepas Muhammad Azeem Fahmi sah tidak bertanding di temasya itu.

Turut tersenarai ke Sukan SEA 2025 bagi acara pecut ialah Jonathan Nyepa (100m dan 4x100m) dan Pingiran Aidil Auf Hajam (200m dan 4x100m) serta Aliff Iman Mohd Fahimi dan Khairul Hafiz Jantan (4x100m).

Mohd Poad turut menegaskan tumpuan kini juga terarah kepada atlet pecut wanita negara Zaidatul Husniah Zulkifli yang sedang berdepan cabaran mengimbangi latihan dan tugasan kerja hakiki selain faktor usia turut memberi kesan kepada prestasinya.

“Fasa terakhir latihan pusat ini sangat kritikal untuk memastikan Zaidatul mampu mencapai prestasi terbaik dan memberi saingan sengit di temasya nanti,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN