FIFA tolak rayuan FAM, hukuman terhadap tujuh pemain warisan

FIFA tolak rayuan FAM, hukuman terhadap tujuh pemain warisan kekal

FIFA mengumumkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya digantung termasuk dari kiri, Holgado, Irazabal, Figueiredo dan Machuca.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan mengekalkan hukuman terhadap tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Dalam kenyataan dikeluarkan FIFA, badan induk itu memaklumkan rayuan FAM serta pemain Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano ditolak sepenuhnya selepas meneliti penghujahan dan prosiding pendengaran yang dijalankan.

“Selepas meneliti dokumen yang dikemukakan dan menjalankan sesi pendengaran, Jawatankuasa Rayuan memutuskan untuk menolak rayuan tersebut dan mengekalkan sepenuhnya hukuman berikut yang telah dikenakan terhadap FAM dan tujuh pemain berkenaan:

“Persatuan Bolasepak Malaysia diperintahkan membayar denda sebanyak CHF 350,000 (RM1.8 juta) kepada FIFA.

“Para pemain Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano masing-masing diperintahkan membayar denda sebanyak CHF 2,000 ((kira-kira RM10,560) kepada FIFA.

“Pemain-pemain tersebut juga dikenakan penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti yang berkaitan dengan bola sepak,” kata FIFA dalam kenyataan itu.

Menurut badan induk bola sepak dunia itu, FAM dan para pemain telah dimaklumkan mengenai keputusan ini pada hari ini.

“Mereka mempunyai tempoh sepuluh hari untuk memohon keputusan yang disertakan alasan penuh, dan selepas pemberitahuan ini, pihak-pihak terlibat mempunyai tempoh 21 hari untuk membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS),” kata FIFA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN