Felipe Massa tuntut keadilan

Felipe Massa tuntut keadilan

FELIPE MASSA - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tuntutan saman bernilai 64 juta pound (RM347 juta) bekas pemandu Felipe Massa terhadap Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan bekas bos Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone boleh dibawa ke perbicaraan, menurut keputusan seorang hakim.

Tumpuan perbicaraan itu ialah gelaran dunia F1 pertama Lewis Hamilton pada 2008, dengan pemandu Brazil, Massa mendakwa bahawa dialah pemenang sebenar kejuaraan tersebut.

Massa tewas gelaran itu dengan satu mata selepas Nelson Piquet Jr dengan sengaja terlibat dalam kemalangan di perlumbaan Singapura.

Bagaimanapun, Hakim Robert Jay berkata bahawa walaupun mahkamah mempunyai kuasa untuk memberikan ganti rugi kepada Massa, ia tidak boleh membatalkan keputusan musim 2008, jadi kes itu tidak akan memberi kesan kepada gelaran Hamilton.

Ecclestone, FIA dan Formula One Management mempertahankan tuntutan tersebut.

Bulan lalu, mereka meminta Mahkamah Tinggi di London untuk menolak kes itu, dengan berhujah bahawa pemanduan lemah Massa dalam Grand Prix (GP) Singapura 2008 akhirnya menyebabkan dia kehilangan kejuaraan.

Dalam penghakiman bertulis yang disampaikan kelmarin, Hakim Jay berkata, kes itu boleh diteruskan.

Katanya lagi, Massa tidak mempunyai prospek sebenar untuk membuktikan bahawa tanggungjawab FIA tertakluk kepadanya tetapi dia mempunyai prospek sebenar untuk membuktikan di perbicaraan semua komponen konspirasi cara yang menyalahi undang-undang.

Dalam satu kenyataan, FIA berkata, bahawa walaupun perbicaraan akan diteruskan, ia akan berdasarkan alasan yang telah dikecilkan secara signifikan.

David Quest, seorang peguam yang mewakili Ecclestone, berkata, tuntutan Massa adalah percubaan yang tersasar untuk membuka semula keputusan kejuaraan pemandu F1 pada 2008. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN