PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya mendapat khabar gembira apabila dua tonggak skuad kebangsaan, Faisal Halim dan Matthew Davies menunjukkan perkembangan positif menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada Selasa ini. Keadaan itu pastinya memberi kelegaan kepada pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski selepas kedua-dua pemain itu sebelum ini dilaporkan masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan lutut dan pangkal paha, serta berkemungkinan tidak dapat diturunkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.…










