Cklamovski sudah ada 'pelan' tahun depan

Cklamovski sudah ada ‘pelan’ tahun depan

Peter Cklamovski sudah mencaturkan strategi untuk berdepan Vietnam pada Mac tahun depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski sudah mula menyusun strategi untuk aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada Mac tahun depan.

Dengan rekod cemerlang tidak tewas pada tahun ini biarpun dihimpit isu luar padang, Harimau Malaya berada di landasan terbaik menjelang aksi tersebut yang menjadi penentu tiket ke Piala Asia 2027.

Sepanjang dibawah kendalian Cklamovski, skuad kebangsaan memperagakan prestasi konsisten sepanjang tahun ini, malah turut berjaya mengubah pemikiran penyokong yang melihat skuad kebangsaan kembali menunjukkan karakter garang, terutama ketika berdepan pasukan ranking lebih tinggi.

Walaupun pertembungan dengan Vietnam tempohnya masih panjang, namun Cklamovski telah memulakan perancangan awal dengan misi utamanya adalah meraih kemenangan di Hanoi.

Tegasnya, seluruh pasukan sudah maklum kepentingan perlawanan itu dan akan mempersiapkan segala aspek taktikal untuk memastikan mereka tiba di Hanoi dengan keyakinan penuh.

Beliau turut menjelaskan bahawa rekod skuad kebangsaan menamatkan setahun kalendar tanpa kalah adalah pencapaian luar biasa yang jarang berlaku dalam sejarah negara.

“Rancangannya adalah untuk pergi ke Vietnam dan menewaskan Vietnam. Kami akan lakukan dengan penuh hormat.Itulah yang akan kita semua fikirkan, dan semua akan bersedia untuk itu. Buat masa ini, saya mahu menikmati perjalanan sepanjang tahun ini.

“Saya diberitahu, belum pernah dilakukan (rekod tanpa kalah sepanjang tahun) di negara ini atau pasukan kebangsaan untuk masa yang sangat lama,” katanya.

Berdasarkan kepada kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya ketika ini mendahului kumpulan F dengan lima kemenangan dalam semua perlawanan bagi mengutip 15 mata, sekali gus boleh dikatakan sudah sebelah kaki layak ke pentas final Piala Asia 2027.

Bagaimanapun, isu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melibatkan tujuh pemain warisan dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berisiko menghancurkan impian skuad kebangsaan ke pentas Asia buat kali kedua berturut-turut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN