Amorim tepis kritikan Ronaldo

Amorim tepis kritikan Ronaldo

RUBEN AMORIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim menepis kritikan Cristiano Ronaldo dan menegaskan The Red Devils kini fokus untuk membina pasukan lebih baik.

Ronaldo dalam satu temu bual bersama Piers Morgan minggu ini mendakwa United tidak berada di landasan yang betul dan Amorim tidak akan mampu bawa keajaiban di Old Trafford.

“Kami di Portugal selalu kata, keajaiban hanya berlaku di Fatima,” sindir Ronaldo sambil menambah kelab lamanya itu masih kekurangan visi jangka panjang.

Namun Amorim yang menggantikan Erik ten Hag pada November 2024, membalas kenyataan itu dengan nada tegas menjelang aksi Liga Perdana menentang Tottenham hari ini.

“Sudah tentu apa sahaja yang dikatakan Ronaldo memberi impak besar. Tapi fokus kami ialah pada masa depan.

“Kami akui banyak kesilapan berlaku sebelum ini, tapi kami sedang memperbetulkan semuanya. Jangan lagi pandang ke belakang sebaliknya tumpukan pada apa yang kami bina sekarang,” kata Amorim.

Menurut Amorim, perubahan struktur dalaman dan budaya kerja di Carrington mula membuahkan hasil.

“Kami ubah cara kerja, disiplin pemain dan pendekatan taktikal. Sekarang pasukan lebih memahami permainan dan lebih yakin,” ujarnya.

Selepas empat perlawanan tanpa kalah, United kini di tangga kelapan Liga Perdana, hanya dua mata di belakang tempat kedua dan berpeluang melonjak lebih tinggi sekiranya menewaskan Spurs hari ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN