Uruguay atasi Uzbekistan 2-1

Uruguay atasi Uzbekistan 2-1

Shomurodov Eldor (kiri) cuba mengawal bola sambil dicabar Nicolas Marichal Perez dalam perlawanan persahabatan Uruguay menentang Uzbekistan di Stadium Hang Jebat, malam ini. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Juara dunia dua kali, Uruguay membuktikan kejaguhan mereka apabila mencatat kemenangan kedua menewaskan Uzbekistan 2-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Hang Jebat sebentar tadi.

Gol Uruguay dihasilkan menerusi Torres Peres pada minit ke-51 dan Juan Manuel Sanabria pada minit ke-60 manakala gol saguhati Uzbekistan pula dijaringkan Jiyanov Ruslanbek pada minit ke-82.

Jumaat lalu, jaguh Amerika Selatan itu menewaskan Republik Dominica 1-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Uruguay yang telah layak ke pusigan akhir Piala Dunia 2026 membuktikan kejaguhan sebenar mereka yang tidak mampu disaingi oleh Uzbekistan yang juga turut layak ke Piala Dunia 2026 buat pertama kali.

Begitupun skuad kendalian jurulatih Marcelo Bielsa itu bermula agak perlahan dengan corak permainan berhati-hati hingga menamatkan babak pertama tanpa sebarang jaringan.

Kekebalan benteng pertahanan Uzbekistan itu menyukarkan gandingan serangan Peres, Amaro Viega dan Vinas Barboza untuk mencipta jaringan.

Pada minit ke-51, Uruguay mencipta jaringan pembukaan menerusi sepakan kencang Peres.

Gol terhasil menerusi larian pemain gentian Laquintana Marsico sebelum melorongkan bola kepada Vinas Barboza lalu menghantar kepada Peres meledakkan jaringan menewaska penjaga gol lawan, Nematov Abduvohid.

Jaguh Amerika Selatan itu terus memberi tekanan kepada Uzbekistan apabila menjaringkan gol kedua menerusi sepakan kencang Manuel Sanabria pada minit ke-60.

Lapan minit sebelum tamat Uzbekistan merapatkan jurang menerusi jaringan Ruslanbek.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN