Sukar raih emas lompat tinggi Sukan SEA

Sukar raih emas lompat tinggi Sukan SEA

Kali terakhir Malaysia memenangi acara lompat tinggi adalah menerusi Lee Hup Wei pada edisi 2019 di Filipina.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan Malaysia untuk memenangi pingat emas bagi acara lompat tinggi di Sukan SEA 2025 tipis dan perkara itu diakui sendiri oleh jurulatih negara, Lee Hup Wei.

Kali terakhir Malaysia memenangi acara tersebut pada edisi 2019 di Filipina di mana Hup Wei masih lagi bergelar atlet negara sebelum dia mengumumkan persaraan pada Mac 2022.

Selepas itu, acara tersebut dikuasai oleh Thailand apabila wakil mereka, Tawan Kaeodam kini disebut-sebut sebagai calon utama untuk memenangi emas di Sukan SEA 2025.

Hup Wei berkata, secara realistiknya adalah sukar untuk Malaysia memenangi emas pada edisi 2025, namun dia mahu anak-anak buahnya melakukan lompatan sekurang-kurangnya 2.20 meter (m) bagi mencabar kedudukan pingat.

“Emas susah sebab Singapura dan Thailand sangat kuat. Untuk Sukan SEA kali ini saya sasarkan atlet kita buat 2.20m supaya boleh cabar kedudukan pingat emas.

“Kita cuba melakukan yang terbaik untuk memenangi semula pingat emas. Jarak lompatan (dengan pencabar) sangat jauh, beza 10 sentimer (cm).

“Kelebihan ada pada Thailand kerana atlet mereka sangat tinggi berbanding atlet kita yang mempunyai ketinggian di antara 1.78m hingga 1.82m. Atlet Thailand berketinggian 1.90cm, sangat tinggi,” katanya.

Antara atlet lompat negara yang dijangka mewakili negara ke Sukan SEA 2025 adalah Kuan Jyh Yunn, Mohammad Eizlan Dahalan dan Farrel Glenn Felix Jurus.

Malaysia memegang rekod temasya menerusi lompatan 2.24 m yang dilakukan Loo Kum Zee pada edisi 1995 sebelum Hup Wei dan Nauraj Singh Randhawa menyamainya pada 2017, namun kini ia dipegang oleh Kaeodam dengan catatan 2.27m selepas melakukan pada 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN