Pasukan guaman FAM sudah bersedia- Noor Azman

Pasukan guaman FAM sudah bersedia- Noor Azman

NOOR AZMAN RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sehingga kini masih menunggu dokumen penuh keputusan penghakiman daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Tindakan susulan hanya akan dibuat selepas menerima keputusan berkenaan, berikutan badan induk bola sepak negara mahu mendapat gambaran jelas berkaitan hukuman yang dikenakan badan induk bola sepak dunia itu terhadap FAM dan tujuh pemain warisan pada 26 September lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman dalam kenyataan, hari ini menjelaskan pasukan guaman FAM sudah bersedia untuk mengambil sebarang tindakan lanjut sejurus dokumen berkenaan diperoleh.

“Proses rayuan hanya dapat dimulakan sebaik sahaja dokumen penuh keputusan itu diterima secara rasmi.

“Sebaik sahaja keputusan penuh diterima, pasukan guaman FAM akan mengemukakan rayuan dengan dokumen sokongan yang kukuh,” kata Noor Azman.

Terdahulu, FAM dan tujuh pemain kebangsaan iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal serta Hector Hevel dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didakwa melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

Tindakan itu menyaksikan FAM dikenakan denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta) manakala setiap pemain pula didenda CHF2,000 (RM10,560) serta digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN