Osimhen wira Galatasaray benam Liverpool

Osimhen wira Galatasaray benam Liverpool

PEMAIN Galatasaray meraikan kejayaan mereka menumpaskan Liverpool, awal pagi tadi dalam saingan Liga Juara-Juara.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Victor Osimhen muncul wira Galatasaray selepas gol tunggalnya berjaya memastikan Liverpool pulang hampa ke Anfield, selepas gagal mengutip sebarang mata dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Penyerang Nigeria itu, yang beraksi dengan topeng pelindung muka, tidak berdepan masalah menewaskan Alisson menerusi sepakan penalti selepas Baris Alper Yilmaz dijatuhkan oleh Dominik Szoboszlai di dalam kotak penalti.

Hari malang Liverpool bertambah buruk apabila kehilangan dua tonggak utama membabitkan penjaga gol Alisson yang terpaksa digantikan Giorgi Mamardashvili pada minit ke-56, serta penyerang Hugo Ekitike yang mengalami kecederaan pada minit ke-68.

Arne Slot melakukan rombakan besar apabila memasukkan Mohamed Salah dan Alexander Isak pada babak kedua, namun barisan The Reds kekal tumpul di depan gol selain rapuh di benteng pertahanan.

Walaupun beberapa peluang terhidang, skuad pelawat gagal menyaingi keghairahan Galatasaray yang mendapat sokongan padu penyokong tuan rumah di Istanbul untuk mengutip tiga mata penuh.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN