Nilai pasaran Garces jatuh mendadak

Nilai pasaran Garces jatuh mendadak

Aksi Facundo Tomas Garces (dua dari kanan) ketika menentang Singapura dalam Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesan hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) perlu dibayar dengan harga mahal oleh Facundo Garces apabila nilai pasarannya jatuh merudum.

Menurut portal bola sepak antarabangsa, transfermarkt.com, nilai pasaran pertahanan Harimau Malaya kini bernilai 1 juta euro (RM4.94 juta) berbanding 2 juta euro (RM9.88 juta) sebelum ini.

Penurunan separuh nilai pasaran pemain kelahiran Argentina mengejutkan ramai kerana Garces sebelum ini dilabel sebagai antara pertahanan paling bernilai dalam skuad kebangsaan.

Difahamkan, penyusutan nilai pasaran itu berkait rapat dengan hukuman berat dijatuhkan FIFA terhadap dirinya dan enam lagi pemain warisan Harimau Malaya.

Situasi berkenaan memberi kesan langsung terhadap reputasi Garces yang kini beraksi di La Liga bersama Deportivo Alaves.

Ketika ini, pemain berusia 26 tahun itu turut digantung sementara oleh kelabnya sehingga kes tersebut selesai.

Selain Garces, enam lagi pemain warisan yang turut digantung ialah Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca.

Bagaimanapun, nilai pasaran enam pemain itu tidak berubah dan kekal sama seperti sebelum ini.

Pada Jumaat lalu, FAM dan tujuh pemain warisan didapati bersalah melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berhubung isu pemalsuan dokumen ketika mendaftarkan status kelayakan.

FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain terbabit didenda CHF2,000 (sekitar RM10,600) serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN