Malam penentu nasib Amorim?

Malam penentu nasib Amorim?

RUBEN AMORIM - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Aksi menentang Sunderland dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini boleh menjadi penentu kepada nasib pengendali Manchester United, Ruben Amorim.

Kunjungan Sunderland yang kini menghuni tangga kelima dilihat sebagai aksi wajib menang buat Amorim sekiranya mahu memastikan malam ini bukan penampilan terakhirnya di Old Trafford.

Pengendali dari Portugal itu hanya mengutip 34 mata daripada 33 perlawanan EPL sejak mengambil alih jawatan pada November lalu dan desakan untuknya berundur makin kuat Ketika ini

Selepas mencatat pencapaian terburuk dalam liga dengan menamatkan musim lalu di tangga ke-15 iaitu kedudukan terburuk sejak tersingkir pada 1974 dan situasi itu menimbulkan kemarahan peminat.

United sepatutnya musim ini mengambil langkah awal untuk menstabilkan pasukan, namun Amorin masih dilihat gagal membuktikan beliau mampu mengubah nasib kelab yang kini terumbang ambing.

Ketika ini, The Red Devils kini menghuni tangga ke-14 selepas persembahan longlai di benteng pertahanan menyaksikan mereka tewas 1-3 kepada Brentford hujung minggu lalu.

Ketika ini, pengurusan United juga telah mengenal pasti beberapa calon berpotensi untuk menggantikan tempat Amorim, namun setakat ini tiada perbincangan lanjut dilakukan.

“Selepas apa yang saya saksikan, secara jujur saya langsung tiada keyakinan. Apa yang berlaku ini bukan semata-mata salah pengurus.

“Pemain juga, mereka tidak layak menyarung jersi itu dan ia amat menyakitkan,” kata penjaring terbanyak sepanjang zaman United, Wayne Rooney.

Sunderland pula hadir ke Old Trafford dengan penuh keyakinan selepas mempamerkan aksi meyakinkan sejak kembali ke divisyen utama selepas dinaikkan pangkat melalui play-off Kejuaraan pada Mei lalu.

The Black Cats kini berada di landasan tepat untuk menafikan kebiasaan kelab baharu naik yang sering turun semula ke Liga Kejuaraan, selepas berjaya mengumpul 11 mata daripada enam perlawanan pertama.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN